Saturday, November 16, 2013

SNOW CHEESE CAKE yg mengANCAM. . .

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YG KE 10  SAYANG . . .  11hb Nov yg lepas genaplah 10 tahun umur anakku yg kedua. So sempena bufdaynya aku pun amek cuti dan cuba2 buat kek sendiri. Alhamdulillah , menjadi dan tuan badan teramatlah suke. . . Balik jer dr sekolah agama , dia pun bertanya " Ibu , kek nie utk sape ?? Aku pun cakaplah  " kek bufday abang ngah lah". . .melonjak kegembiraan si abg ngah nie sambil berkata " Yeeyyyy. . . kek Akim ( gelaran manjannya) " . . hahaha. . . Itulah impaknya. Kebiasaannya aku beli jer , x confident nak buat sendiri . . hehehe .

Tapi disebabkan harga kek yg melambung tinggi juga risau ttg bahan yg digunakan so aku pun nekadlah nak membaking kek sendiri. Hasil air tanganku maka siaplah sebiji kek yg sedap hasil resepi yg aku dapat dari bloger Hasue. . . aku minta izin utk sharekan resepi tu di sisni yer.

Aku nak mintak maaf pd empunya resepi jika ade cara aku yg xbetul dlm mensharekan setiap resepi dlm blog nie. . so klu xbetul tu, tegur2lah yer. . . sbb aku masih baru  dlm dunia blogging nie. Wlu ape pun aku akan mention nama dari mana resepi tu aku dpt.






snow cheese cake yg sedap dan wat dietku punah time nie . . .hehe






xleh makan lelebih nanti bambam. . . takutttt






dr pelbagai posisi. . .





mmg puashati tgk kejadian kek nie. . .tersangatlah :P






satu utk awak. . . .






satu utk aku . . . adilkan. . . hehe




SNOW CHEESE CAKE.
sumber : Hasue

Bahan-bahan ;
6 telur ( buang 2 yg putih )
100g gula halus
100g tepung superfine / t.gandum 
60g tepung jagung
1 sdk baking powder
2 sdb ovellete
50ml air dr peti ais.
75g butter ( cairkan)
# leh tambah esen vanilla ( aku mmg letak 1 sdk so wangi sikit )

Cara-cara:
1. masuk semua bahan kecuali butter dan di putar sebati.
2. mixer dgn kelajuan sederhana hingga pekat dan putih. Barulah masukkan butter cair                tadi. Putar sampai benar2 sebati.
3. Panaskan oven 5-10 min.dgn suhu 150'C .
4. Gris loyang dgn butter , tuang adunan dan bakar dgn kaedah waterbath ( dlm dulang yg berisi    air).. .  selama 45min - 1jam.
5.Bila dah masak sejukkan atas redai terlebih dahulu. . . barulah di belah 2 dan dihias dgn             topping cheese.

Topping cheese :
250g cream cheese
1/2 tin susu pekat ( aku guna 3-4 sudu besar jer .
1/2 ketul keju cheddar (parut halus-halus)

cara-cara :
# pukul cheese hingga berkrim dan masukkan susu. Putar hingga sebati. Sapukan pd seluruh kek . Taburkan keju cheddar yg di parut halus. Hias ikut kreativiti sendiri ek. . . dah siap pun.

No comments:

Post a Comment