Haaaaa . . . ape tu , " OMPOK " ??? mesti ramai yg tertanya-tanyakan . . hehe. Itulah nama masakkan minang. Orang minang pasti ade resepi nie sbb ianya memang turun temurun punya ... xde ciplak . . . hahaha . Cuma masing-masing ade cara dan skill dorang utk menyedapkan masakkan tersebut. DAN bagi family aku adalah seperti yg akan aku kongsikan di bawah beserta gambor sekali ek.
Kalau di daerah sabak bernam atau sungai besar , selangor bangsa minang nie dipanggil " KAMPAR " juga ade sedikit di sekitar air kuning , perak dan negeri2 yg lain. Kalau org Jawa area sabak, sekincan, kuala selangor dsbnya dah biasa dengan resepi nie tau. . . sebab kalau time kenduri Ompok nie mesti ade dan dorang memang sukakannya terutama yg menggunakan ikan. Kenkawan nak tau kerana ape X ?? Psssttttt . . . sbb tulang ikan tu akan jadi lembut dan isinya yg sedap. terutama ikan sungai . . . memag mabeles. . hehe ( dimasak lama dgn api yg sedang ).
Tadaaa . . nielah OMPOK DAGING.. . kulit rambai xnampak sgt . . huhu
Ini pulak berposing dgn buah rambai. . . kalau yg xkenal tu. . . haaa nielah dia.
kulit rambai. . . isi dah kena makan . . hehe
OMPOK DAGING DGN KULIT RAMBAI .
Resepi : ai em izah
Bahan-bahan :
500g daging ( hiris nipis )
4 biji bawang kecil *
3 biji bawang putih *
1 inc kunyit hidup*
sedikit belacan *
5/6 sudu besar cili kering yg telah diblend ( leh - atau + )
1 peket santan pekat (harga rm1.50 tu )
1 btg kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
2 sudu makan biji ketumbar ( sangai + kisar )
1 btg serai ( diketuk )
daun limau purut
asam keping
santan cair ( untuk merebus daging )
kulit buah rambai (opt)
garam
# bahan * ditumbuk. lumat.
Cara - cara :
1. Rebus daging dengan bahan tumbuk, cili blend, kulit kayu manis, bunga lawang, serai hingga daging
empuk.
2. Bila telah empuk masukkan santan pekat , daun limau purut dan asam keping serta kulit buah rambai. Rendidihkan hingga kulit rambai lembut dan kuah memekat.
3. Perisakan dgn garam secukup rasa. Dah siap utk dihidang.
Mudah kan . . . semuanya jenis campak-campak jerr. Cuma kenkawan kena pandai balancekan antara masam, masin dan pedas je. . . pasti ummpphh. . . . hehe. Andai ingin menggunakan ikan , . . .santan , kulit kayu manis dan bunga lawang x diperlukan . . buang jer dr resepi. Daun limau pulak tukar dengan daun kunyit. Caranya pun main campak-campak terus rebus. Kalau nak berkuah jgn lama sangat rebusnya. Itu aje. Semudah a, b, c.
No comments:
Post a Comment