Saturday, September 21, 2013

KENAN ATAU TERKENAN.

Terkenan atau kenan ayat yg amat sinonim dikalangan org melayukan...bukan kenan sbb tertarik pd seseorg yer . . .  hehe . . . bangsa lain aku xpastilah. Ada bermcm2 kes TERKENAN nie . Ada yg kenan monyetlah, kenan ketamlah dan pelbagai jenis lagi. Semua kes kenan nie berlaku ketika si ibu tengah mengandung . So bagi ibu2 yg tgh mengandung tu dan juga si ayahnya beringat2lah yer. Kata-kata yg dilafaz dan perbuatan perlu dijaga.

Dlm kes sahabat aku pulak berlaku bila mana ibunya begitu teringin utk melawat zoo maka dgn cerianya telah pergi kesana bersama family. Tetapi lain halnya yg berlaku disebabkan ibunya terkejut melihat seekor monyet yg agak besar makanya sahabat aku yg masih dlm kandungan terkena kenan monyet tersebut . Sudahnya sahabat aku ni berjln, duduk dsbnya x ubah seperti monyet sehinggalah dgn takdir Allah swt ibu dan bapanya telah berjaya menemui seorg nenek yg dpt merawat kenan tu hinggalah sahabatku ini sembuh sepenuhnya.

Kisah kedua yg aku nak citerkan nie pula bukan bermaksud utk menghina atau yg seangkatan maknanya. Kejadian ni baru jer berlaku semalam. Ada seorang customer yg datang bersama ngan anak-anaknya dan ibu yg agak berusia. Dia masuk kedlm pasaraya fabrik tempat aku bekerja hanya ditemani seorang anak shj , yg sorang lg duduk didalam kete ditemani oleh neneknya.

So spt biasa aku pun servelah dia dari awal hingga akhir. Customer nie ingin mencari fabrik utk perhimpunan UMNO pd bulan sepuluh akan dtg. Aku pun tunjuklah fabrik yg ada cuma yg peliknya disepanjang pemilihan fabrik tersebut si anak pasti akan mempromotkan fabrik yg agak cantik bg pandangan matanya akan tetapi setiap kali selepas dia bercakap2 pasti si anak tu membunyikan perkataan " MEOW. . . MEOW . . . MEOW ". Aku sangkakan ada kucing ker yg masuk kat pasaraya nie so melilaulah aku mencarinya dgn ekor mata , kiri dan kanan tapi xjumpa . . . hehe.

Setelah agak lama dlm sibuk menjawab soklan customer tadi baru aku sedar rupa-rupanya si anak td tatkala selepas berkata2 pasti akan membunyikan perkataan meow . . meow . . . hehe. Rasa sedikit lucu sbb aku tertipu dgn bunyian tersebut dan berasa kasihan tatkala sedar akan masalah yg dihadapi oleh gadis tersebut. Terdetik juga dihati pasti ada suatu peristiwa yg menyebabkan si anak td terkenan bunyian kucing. . . . Wallahua'lam . . . 

No comments:

Post a Comment