Assalamualaikum viewers sekalian...
Mekasih banyak2 kerna masih sudi menjengah blog yg xseberapanya nie...
Dah lama rasanya aku xpublish resepi - resepi yg telah digunapakai . . . hehe. Semalam off day aku so time2 cengginilah baru aku boleh memasak masakkan yg xpernah dicuba ataupun resepi2 terbaru dipasaran. . .yg sedap dan dpt diterima oleh tekak kami sekeluarga. . . :D
Berbalik pd resepi nasi kerabu nie. . . haaaaa . . .nak tau x? ini adalah percubaan pertama aku utk seisi keluarga. . . selama nie klu teringin asyik beli jer kat pasar malam area sini yg memang the best lah. . .so bila dah selalu sgt beli tiba2 hati nie teringin sgt nak mencuba membuatnya sendiri . . .DANnn bila keinginan memuncak aku pun mengeledah dapur2 teman2 yg hobinya pun sama suka memasak. . . maka dgn izinNYA ku bertemu resepi nasi kerabu spt di bawah nie. . . rasanya memang sedap. . . lebih sedap dr yg kat pasar malam tu. . .boleh buka gerai dan sure lebih laku. . . hahahaha
Resepi nie aku dpt dr teman fb. . . hasil mengeledah dapur org. Bagi tuan punya resepi aku nak minta izin utk dipjgkan ilmu resepinya disini. . . terima kasih puan ROZILAH ABDULLAH atas resepi yg mabeles nie. Walaupun aku bukan org kelate tapi aku suka masakkannya. . naknya pulak sekarang nie teman2 sekerja ramai org kelantan so lagi senang nak tau resepi yg xbiasa dimasak sbg contoh NASI GORENG BUDU. . . hehe . Pun pertama kali aku dengar dan mencubanya.. . meh layan resepinya yer . .( @ ___ * )
hanya berlaukkan ayam goreng special . . alhamdulillah ttp menyelerakan.
aku snap guna hp yg xde brand so kureng sikit gambornya. . huhu
NASI KERABU .
rcp : Rozilah Abdullah
Nasi :
4pot beras + 5 cawan air
3 helai daun liamau purut
3 helai daun pandan
pewarna biru (opt)
# ditanak seperti biasa.
Sambal kelapa Ikan(kerisik) :
5 ekor ikan kembung atau sardin (aku guna ikan sardin ) -direbus dan ambil isi
5 ulas bwg merah
sehiris halia
1/2 kelapa parut
3 btg serai
10-15 biji lada hitam
garam dan gula nesan ( ikut rasa.)
Cara;
# sangai kelapa dan blend kering (jgn samapai jd kerisik) setakat 2kali kisar je.
# bwg , halia , serai + lada hitam ditumbuk halus.
# isi ikan disangai bersama bhn2 yg ditumbuk halus. . . hingga berderai dan masukkan kelapa tadi , gaul sebati dn angkat.
Kuah Lemak:
1 bj kelapa - ambil santan pekat
10 bj cili kering
5 bwg merah
1 bwg putih
2 btg serai
2 keping asam gelugur
cara;
- bwg, cili, ditumbuk halus dan ditumis hingga wangi.
- masukkan serai yg diketuk dan juga santan .
- masak hingga naik minyak bersama asam gelugur tadi.
- perisakan dgn garam dan gula.. . siap.
Solok Lada : (aku xbuat pun.)
10 bj lada hijau (belah tengahnya dan buang bj.
1/2 bj kelapa parut
5 bwg merah
sehiris halia
2 ekor ikan kembung ( ambil isi )
1/2 cawan santan pekat
garam dan gula
cara:
- bwg , halia dan isi ikan ditumbuk bersama kelapa parut.
- ambil sebiji cili hijau tadi dan sumbatkan sedikit kelapa yg telah ditumbuk bersama bahan2 lain. Buat hingga habis.
- susun cili dalam periuk dan tuangkan santan pekat , rebus hingga kering.. .
Bahan sayur :
daun kesom
daun selom
bunga kantan
serai
taugeh
# hiris halus semuanya kecuali taugeh.
## boleh dimakan dgn pelbagai jenis lauk pauk tapi aku hanya makan dengan ayam goreng istimewa juga resepi dr teman fb . . aku xsuke klu penuh dgn lauk pauk. . . xtau yg mana satu nak di makan nanti. . . . hehe
No comments:
Post a Comment