Thursday, February 13, 2014

CINTA ( DERITA + BAHAGIA KERANANYA )

Hehehe. . . mesti ada yang tertanya-tanyakan. Ape kena dengan Faezah nie buang tebiat ke ape . . . haha. Entah kenapa tiba-tiba hati nie teringin membicarakan perihal CINTA selepas seorang sahabat karib aku menghadapi masalah yang agak sukar bagi aku. Mungkin bagi sesetengah orang ianya mudah jer TAPI jika kita sendiri yang mengalaminya pasti teramat berat sekali untuk dipikul. . . hurrrmmm.

Aku xtau bagaimana hendak memulakan bicara tapi  biarlah aku ceritakan dulu bagaimana aku mula mengenali sahabatku ini. Kami kenal beberapa tahun yang lepas selepas aku nekad untuk bekerja di tempat lain. Dari situ aku mengenalinya yang tua 7-8 tahun dariku dan menjadi rapat dalam waktu yang singkat mungkin kerana kami sama-sama tau menyimpan rahsia apabila berbicara hal peribadi. . . juga kepercayaannya padaku. . . kerana kami pernah mempunyai kisah cinta yang ada sedikit persamaan. ( kisah nie aku dah minta izin tau . . . (@_@)

Kisah cinta sahabatku ini telah berlalu lebih 25 tahun yang lalu , sewaktu dia tinggal bersama ibubapanya selepas kematian nenek yg menjaganya sedari kecil di pantai timur . . . haaaaa. . . lama dahkan. . . hehe . tapi Allah Maha Berkuasa, pada 21/2 tahun yang lalu ketika bulan Ramadhan mereka telah dipertemukan semula. Dalam keadaan sahabatku ini menghadapi masalah rumahtangga kerana dimadukan. Wanita tersebut (madu) tertarik dengan suaminya dan menggunakan ilmu hitam untuk menjerat suaminya hinggalah mereka berkawen di thailand dan tinggal di pantai timur sedangkan sahabatku tinggal disini bersama anak2nya . Sahabatku ini tidak dapat menerima hakikat yang suaminya berkawen lain dan menghadapi masalah tekanan perasaan kerana suami meninggalkannya bersama anak2 , hingga hampir membunuh diri dalam keadaan tidak sedar. . . aku terasa sebak bila mendengar kisahnya. . . apatah lagi dirinya yang bercerita sambil mengalirkan airmata.

Berbalik pada kisah cinta xkesampaian sahabatku ini. Mereka berpisah kerana ibunya tidak merestui pilihan hati sahabatku kerana lelaki tu seorang tentera. Ibunya cukup benci dengan kerjaya tentera kerana kisah silamnya. Hubungan mereka ditentang hebat oleh ibunya dan memaksa sahabatku membuat pilihan. Akhirnya sahabatku yang lebih mementingkan doa restu seorang ibu , memutuskan perhubungan dgn menjauhkan diri dari lelaki tersebut walaupun cincin pertunangan telah mereka beli bersama.

Sahabatku pergi meninggalkannya tanpa sebarang kata dan melalui cara penipuan terpaksa meninggalkan lelaki itu dengan meminta bantuan boss tempat keje dan menyatakan dia telah berhenti dan berpindah. ( Bagi aku inilah kesilapan yg telah di lakukan oleh sahabatku pd lelaki itu. Jika dia berterus terang xkan jd spt sekarang ) Dan dari situ bermulalah episod pencarian lelaki tadi (tentera) akan sahabatku ini hingga memakan masa selama 15 tahun . Cukup setia lelaki tu padanya. Masa menaip tulisan nie hatiku juga turut menjadi sebak. . . kerana betapa kuat dan tulusnya cinta LELAKI itu . 

Setelah pencarian selama 15 tahun tidak berjaya ibu kepada lelaki itu telah menjodohkannya dengan seorang gadis lalu mereka bernikah atas  permintaan orang tuanya yang menginginkan cucu (lagi pun lelaki tu anak tunggal). . . dalam keadaan terpaksa lelaki tu menerima perkahwinan tersebut dan dalam masa yg sama meminta persetujuan bakal isteri sekiranya dia bertemu kembali dengan sahabatku ini , dia akan bernikah lagi kerana cintanya tetap utuh buatnya. Dan gadis tersebut menerimanya.

Dan dgn izin Allah , pertemuan mereka telah terjadi 21/2 tahun yang lalu ketika sahabatku pergi ke sebuah shpping complex. Masing-masing telah mencecah usia 45 thn ke atas. Tika itu lelaki tersebut dtg bersama dengan isterinya manakala sahabatku bersendirian. Maka mereka berbual mesra dan memperkenalkan sahabatku pada isterinya yg juga bekerjaya baik dalam bidang ketenteraan. Isteri lelaki tersebut telah meminta no phone sahabatku tanpa pengetahuan suaminya sebelum berpisah. Rupa2nya mereka tinggal di kawasan yang tidak jauh dari rumah sewa sahabatku ini. Itulahkan jika Allah swt tidak menghendaki sesuatu perkara terjadi  walau dekat mcm mana sekali pun ianya tetap xkan terjadi Tapi jika ianya dikehendaki dengan mudah jer akan terjadi.
Allahu akhbar. . . 

Selepas pertemuan tersebut sahabatku menyangka dia xkan bertemu lagi dengan lelaki tu tapi dia silap kerana isteri lelaki tu telah menipunya dan memberikan no phone tu kepada suaminya. Maka galaklah lelaki tu bertanya khabar dan ingin bertemu secara personal utk mengetahui kisah sebenar kenapa sahabatku meninggalkannya tanpa sebarang kata. Juga ingin mengetahui kisah hidup sahabatku. Maka telah berlangsung beberapa pertemuan antara mereka bertiga kerana lelaki itu membawa isterinya sekali juga telah mengetahui kisah rumahtangga sahabatku dan berharap sahabatku kembali padanya dan berkahwin. Kata lelaki tu isterinya merestui jika suaminya bernikah lagi. Nampak baik sangatkan bila isteri setuju depan suami dan mengizinkan suaminya berkahwin dua. Tapi pengalaman telah mengajar sahabatku bahwa ianya xkan semudah itu krn dia juga bermadu so dia memahami perasaan isteri lelaki tersebut.

Dengan persetujuan sahabatku bersama isteri lelaki itu , mereka merancang utk berbicara dari hati tanpa campurtangan suaminya. Rupa2nya betullah telahan sahabatku , sebenarnya dia xsanggup untuk di madukan dan berharap sahabatku meninggalkan suaminya . Sedangkan semuanya berpunca dari dirinya yg xmenepati janji utk tidak memberi no phone itu kpd suaminya. Dan kerana ingin menjauhkan diri , sshabatku telah bergaduh dengan lelaki itu lalu lelaki itu  membawa diri kerana kata-kata kasar sahabatku dan dalam keadaan kecewa lelaki itu mengambil keputusan  utk balik ke kpgnya di selatan tanah air ketika itu utk bertemu ibunya lalu dia telah mengalami kemalangan jalanraya yg teruk.

Isteri lelaki itu telah membawa sahabatku menziarahinya tika keadaannya masih koma dan dikawal rapi. Tapi entah dengan cara ape sahabatku dapat juga masuk ke wad utk melihat keadaan lelaki tersebut. . mungkin izin dari ibu juga isterinya kot. . . entahlah. Dan selepas keluar dari wad , sahabtku terpaksa menerima soal jawab ibu lelaki itu kenapa meninggalkan anaknya dulu dan terpaksalah sahabatku menjelaskannya semula. Ibu lelaki itu juga menangis teresak-esak tika meminta penjelasan sahabatku kerana dia melihat betapa setia dan terseksanya hati anaknya selepas di tinggalkan dulu. Tapi ianya terjadi bukan kehendaknya tapi terpaksa.. . itulah kata-kata pilu dari sahabtku. . . aku teramat2 memahaminya.

Seminggu selepas itu sahabatku mendapat khabar yg lelaki itu telah meninggal dunia dan di kuburkan di kpg halamannya di selatan tanah air. Sedih dan menyesal banyak kali terluah dari bibir sahabatku akan kata2 terakhir yg disemburkan pada lelaki itu dan penyebab kemalangan tersebut. Juga berita kematian ibu kepada lelaki itu . Selepas peristiwa tersebut telah timbul pula masalah baru dlm hidupnya yg telah memaksa diri sahabtku kembali pulang ke sisi suaminya yg tinggal bersama isteri keduanya di pantai timur yg juga adalah kpg halaman sahabatku ini. Maka terpisahlah aku dengannya , walaupun dia kini di pantai timur tapi sekiranya kami ade masalah kami akan bergayut berjam-jam lamanya. . . hehe

Berita terbaru yg aku terima sangat2 mengejutkan, lelaki yg menyintainya sepenuh hati itu sebenarnya masih bernyawa. Sungguh xdisangka isteri lelaki itu telah menipu sahabatku cuma keadaannya dah xsempurna seperti orang lain kerana telah kehilangan sebelah kakinya akibat kemalangan yang lalu. Dan dia juga telah berpisah (bercerai) kerana isterinya yang meminta cerai melihat pd keadaan dirinya. . Akibat dr perpisahan tersebut lelaki itu telah membawa diri kembali ke pantai timur tempat dimana dia mula2 bekerja dan mengenali sahabatku. Allah maha berkuasa. Korang leh fahamkan citer nie , yg mereka di pertemukan kembali ditempat tika mereka berkenalan semasa muda dulu . Ade jer penyebab utk dorang dtg kembali ke tempat yg sama. . . 

Cuma jodoh masih tidak memihak kepada mereka berdua. . . huhu. Kerana sahabatku masih lagi isteri orang. Walau pun bermadu , lama kelamaan sahabatku dapat menerima madunya tapi di pihak yg lagi satu lain pula citernya. Sentiasa mencari masalah tp sahabatku tetap bersabar. Sebagai sahabat aku sentiasa mendoakan moga dia beroleh kebahagiaan yg di cari-cari. Lelaki itu juga masih mengharap agar dapat hidup bersama dengan sahabatku ini . Katanya " Walaupun sehari dia tetap ingin merasa hidup bersama ".. . . . betapa kuatnya perasaan cinta lelaki itu padanya .

Sampaikan pegawai yg mengiringi lelaki itu utk pergi kemana-mana saja (sbb keadaannya yg berkerusi roda ) juga bercerita kepada sahabatku "Xpernah bossnya bercerita pasal bekas isterinya tapi hanya citer mengenai sahabatku sahaja , batapa dalamnya perasaan ketua padanya ,". . .Sahabatku yg mendengar merasa sebak kerana dia xboleh nak buat apa-apa kerana perasaan sygnya masih pd suami wlupun bermacam hal telah dilakukan oleh suaminya .. Klu dari dulu dorang berjodoh pasti bahagia hidup mereka kini kan. Tapi kita hanya mampu merancang , Allah penentu segalanya.

Sebab tu bagi yang bercinta , kalau dah terpaksa berpisah , buatlah sesuatu supaya sebelah pihak  xmengharapkan ape2 lagi pd kita krn kita pasti kenal hati budinyakan. Seperti yang pernah aku lakukan pd seseorang suatu masa dahulu . Bila dia dah xharapkan ape2 lagi so xdelah penantian bertahun2 lamanya dan kita pun xkan rasa bersalah pada org ( dia x kawen sbb tunggu kita) . Kalau dia kawen xpelah jugak tapi kalu dia xkawen-kawen dan masih menunggu kita kan dah jadi masalah lain pulak. Begitulah yg pernah terjadi pd ex gf pakcik aku ( telah meninggal dunia ). Sampai ke akhir hayatnya  , masih setia menunggu pakcik utk hidup dengannya dan juga perasaan bersalah pakcik pdnya (pernah di luah pd arwah nenek).
Moga kisah nie jadi tauladan buat semua. Yang baik jdkan teladan Yang buruk buang kesempadan yer. . . . hehehe. (^_~)
Allah hua'lam.

No comments:

Post a Comment