Thursday, December 12, 2013

SPAGETI SOSEJ BOLOGNES ( ape2 jerlah namanya )

Spageti nie bagi sesetengah org xleh nak terima , almaklumlah tekak org nie lain-lain kan. . TAPI , aku nie pulak jenis suke mencuba masakkan dan makanan so yg boleh diterima family aku teruskan klu xleh. . . first and last ler jawabnya.

Alhamdulillah , tekak en. suami dan anak-anak boleh terima spageti nie so adelah peluang utk dibuat selalu.. . . hehe. Contohnye cam spageti bolognes dan laksa johor yg mmg digabungkan antara timur dan barat. . . pandai org dolu-dolu cipta resepikan. . . (^_*)

Spageti nie sepatutnya guna daging kisar atau isi ayam tapi aku gunakan sosej sbg tambahan . Sbb anak-anak mmg suke sosej. Terikut resepi kakak seorang teman sekerja yg buat majlis harilahirnya beberapa bulan yg lepas. Aku masak time nak ke PD aritu , ringkas dan mudah sbg bekalan. . . juga aku gandingkan dgn sandwich tapi yg tu len kalilah yer nak publish. . . (^__^)















SPAGETI SOSEJ BOLOGNES.
(Resepi sendiri jer idea dr kwn )

Bahan-bahan :
1 peket spageti (500g) - rebus dgn garam + sedikit minyak dan toskan.
1 botol sos spageti ( brand Kimball traditional sos )
2 peket sosej ( kecil tp xguna semua pun )
1 labu bwg besar holland ( di dadu )
3 sudu besar cili blend ( nak pedas leh tambah lagi )
Sedikit isi ayam 
Sedikit air ( bila perlu jer )

Cara-cara :
- panaskan sedikit minyak dlm kuali dan tumiskan bwg besar yg didadu tadi.
- bila dah wangi masukkan cili blend . . kacau hingga cili masak barulah masukkan isi ayam.
- kacau sebati .. . dan masukkan pula sosej. tumis lagi.
- bila sosej dah separuh masak masukkan sos spageti dan gaul rata.
- tambah sedikit air dan biarkan mendidih dgn api yg sederhana.
- masukkan spageti yg telah di rebus dan ditoskan kedalam kuali , gaul kesemuanya hingga         sebati dgn api yg perlahan. . . takut berkerak jer.
- kacau selalu , dalam 5 minit bolehlah di padamkan api. Siappp. . .

No comments:

Post a Comment