Thursday, December 5, 2013

ALMOND CRISPY or FLORENTINE COOKIES RANGUP.

Firstime aku merasa kudapan nie masa hari raya puasa yg lepas kat rumah makcik di Perak . Sangat rangup dan xpuas setakat nak mkn 2 atau 3 keping . . hehe . Aku tertanya-tanya gak cmnerlah nak buatnyer . . errrmm. Dengan harga sebalang yg kecil mencecah RM25 bg aku agak mahal berbanding jika dibuat sendiri yg kosnya leh buat lebih dr itu.

Alhamdulillah , dgn izin Allah setelah lama mencari , aku menemui resepi nie kat dapur rumah Bicara kak Nor. Terima kasih kak , krn sharekan resepi nie. Memang sodap dan rangup . Dan seperti biasa kenkawan sekerja adalah juri utk setiap resepi baru yg aku jumpa and try. . . haha :D seronok dorang tau . . . aku pun memang suka sgt nak mencuba resepi2 yg ada.
Oklah jom layan gambar dulu then baru resepinya yer. Kak Nor (bicara k.Nor) minta izin share kat sini tau. . .




sebelum dibakar cengginilah rupanya . . .




















mengancam x ??/







yg nie nampak pucat jer. . . . bedak xrata . . hehe




ALMOND CRISPY or FLORENTINE COOKIES.

Bahan-bahan :

200g tepung florenta

200g badam keping ( aku ubah ke 140g badam keping + 60g pumkin seeds )

100g kuaci ( dah buang kulit )

20g bijan hitam dan putih.


Cara-cara :
- badam, pumkin seeds  dan kuaci dipanggang dalam oven suhu 160'C selama 5-10 minit .
- gaul semua bahan dalam satu bekas , biar rata .

- ambil loyang jenis loose yg biasa kita guna utk kek cheese no bake tu . . then ratakan jgn         terlalu nipis.

- bakar dalam oven dgn suhu 160'C selama 10-15 minit. 

- keluarkan dr oven then potong ikut saiz yg dikehendaki tika panas2. ulangi proses hingga       habis adunan. Siap , leh simpan dalam balang kedap udara.

1 comment: