Kisah nie baru berlaku minggu lepas pada seorang kawan sekerja aku yg sedang makan malam bersama family di sebuah restoran. Kalau orang yg dok kat selayang mesti tau restoran Tu Dia , Pak Tam kan. Kira femes gak lah kat area situ , rawang dan kawasan yg berhampiran.
Kawan aku singgah makan kat restoran tu selepas balik dr bershopping barang keperluan dapur kat NSK selayang. Hubbynya mengajak singgah makan di restoran tu . Kawan aku dan family serta adik perempuannya mengambil tempat duduk di meja luar restoran tersebut. Selepas mengambil order, kawan aku pergi ke stall nasi campur di bahagian dlm restoran. Selain masakkan yg biasa kita jumpa kat restoran2 yg menyediakan masakkan panas ... kat situ ade pelbagai stall utk juadah yg berlainan. . . mmg lain dari restoran yg ada.
Ketika duduk menunggu makanan siap , datang seorang makcik yg agak berumur menjual kerepek2 dgn harga 3 pek Rm10 (biasa kita jumpa mcm nie kan ). Nak di jadikan cerita, anak bongsu kawan aku nie nakkan kerepek tersebut. Hubby kawan aku pun mengikut kemahuan anaknya dgn membeli kerepek tersebut TAPI disebabkan xde duit kecik makanya dihulurkan RM100 kat makcik yg menjual kerepek tu.
Setelah memberikan kerepek , makcik tu seolah2 cuba menjauhkan diri sikit demi sikit dari meja dorang tanpa memberikan baki duit tu. Hubby kawan aku merasa pelik dengan tindakkan makcik tu dan dengan pantas memanggil serta mengajak makcik tu dgn mengangkat kerepek yg di bawanya duduk di meja mereka. Kawan aku yg baru duduk di meja tu merasa hairan dgn tindakkan suaminya tapi meneruskan makan makanan yg di ambil tadi bersama adik dan anak2nya sambil mendengar perbualan hubby dan makcik tu.
Hubbynya memberitahu pada makcik tu yg dia memberikan wang kertas RM100 dn inginkan bakinya. Tetapi makcik tersebut menafikan dgn mengatakan yg hubby kawan aku hanya memberikan wang kertas RM10 sahaja. Selang beberapa minit makcik tu menangis teresak-esak dan menyatakan bahawa duit RM100 yg ade tu duit zakat org padanya dan dia nak gunakan utk membayar sewa dan tuan tempat dia mengambil kerepek . Sambil memanggil2 nama cucunya seolah2 hubby sahabat aku nie menganiaya dia yg telah tua.
Kejadian nie telah menjadi perhatian pengunjung yg ada disitu dan ada yg siap tangkap gambar lagi. Mungkin dorang rasa yg kawan aku dgn hubby nya kurang ajar dgn orang tua agaknya.. Tiba2 datang 3 lelaki ke meja mereka dan berkata " kenapa ko kurang ajar dgn org tua ".. pd suaminya . Kawan aku terkejut dan merasa takut kalau suaminya diapa2kan dan dia pun berkata " makcik, saya tau duit suami sy tinggal berapa sbb saya yg bagi duit balance kat dia selepas shopping tadi so sy akan tengok dn kira sendiri duit dlm dompet suami sy, sbb sy xnampak berapa duit yg suami sy bayar tadi ". . .
Dan selepas melihat dompet suaminya sahlah yg duit RM100 yg diberikan tadi. Masih dlm keadaan menangis teresak-esak, makcik tu menjawab kalau dia bagi balance tu dia xkan halalkan duit tu.
Apabila terdengar kata2 makcik tu , kawan aku rasa seolah2 dia pulak yg bersalah dan menganiaya org makanya dia suruh makcik tu pulangkan balik duitnya dan kerepek tu semula.. . tapi makcik tu xnak. Dalam dorang bertikam lidah , ada seorang staff restoran yg bersuara menyuruh makcik tu memunggahkan semua duit yg dia dapat dari dalam beg kecil yg di bawanya.. Makcik tu pun akur dan mengeluar kan semua duit yg ada.. . sambil bercerita yg duit nie si pulan sana , sini , situ yg bayar.. .boleh pulak dia ingat. Entah mcm mana mungkin Allah swt nak tunjuk , dicelah2 duit RM5 tu ade terselit wang kertas RM100 yg cantik digulung spt gulungan rokok daun. Haaaa. . . masa tu terkedu makcik tu dan dgn pantas dia memohon maaf sbb dia xnampak dan x ingat duit yg hubby kwn aku bg tadi.
Yang jadi kemuskilannya duit yg orang lain bagi leh pulak dia ingat tapi yg hubby kwn aku bagi dia xingat . .. hurrrmmmm. Macam2 gelagat manusia zaman sekarang hanya kerana DUIT. Wallahua'lam ..
No comments:
Post a Comment