Assalamualaikum . . .Welcome . . Selamat Datang .
Kali nie aku nak kongsikan satu resepi kuih yang juga adalah feveret aku . Lembut , gebu seenak rasa secomel rupanya . . hehe :P
Mestilahkan . . . sape yang buat yer tak . . haha. Tapi alhamdulillah memang the bestlah kegebuan, kelembutannya kata teman2 juga sedara mara. . . haaaaa masuk buku semua. . hehe
Resepi nie aku dapat dari kakak ipar adik ipar aku . . huhu harap faham lah yer ( ^ _ ^ ) . Dia memang buat bisneslah tp x kedekut ilmu. . . tu yang best. . hehe
Rezeki tu ada bagi setiap orang so ape nak dirisaukan. . . semua tu datangnya dari Allah swt kan.
Teman-teman ade gak suruh aku buat kuih muih nie dan jual . . huhu tapi buat masa nie aku hanya buat mengikut permintaan aje , kalau saje2 nak hantar kat mana2 tu belum lagilah berpeluang disebabkan aku nie sentiasa terkejar2 masa, xcukup rasanya 24jam tu utk aku. . . hehe. Mana anak2 nak dihantar ke sekolah , masak memasak sebelum pergi bekerja dan kerjaya yg mengikut syif. . . memang penat tapi alhamdulillah kerana suami amat memahami . Thanks abang.
Jom kita layan gambar kuih seri ayu aka puteri ayu juga resepinya sekali ek. . . maaflah gambor xberapa nak terang mcm berkabus sbb guna hp cabok / lama . . . huhu
PUTERI AYU aka SERI AYU.
rcp ; Family ai em izah
Bahan2 :
3 cawan tepung gandum ( yg murah pun xpe )
1 1/2 cawan susu / santan
2 cawan gula
4 biji telur
1 sudu besar ovellet
kelapa parut dan
sedikit garam
sedikit tepung jagung
Cara2 :
- basuh telur sebelum di gunakan . Masukkan telur , gula dan di pukul hingga kembang ( aku guna mixer lebih mudah ).
- barulah masukkan ovellet sambil di pukul lagi hingga gebu.
- kemudian masukkan tepung gandum dan susu . Gaulkan hingga sebati semuanya. ketepikan.
- kelapa parut di gaulkan dengan sedikit garam dan tepung jagung.
- acuan seri ayu di oleskan dengan sedikit minyak supaya xlekat adunannya nanti.
- ambil sedikit kelapa parut letakkan di bahagian bawah , tekan sedikit kemudian baru tuangkan adunan tepung tadi ikut paras acuan. .
- kukus 5-8 minit dengan api sederhana supaya xmerekah. siap utk di hidang dan ngap terus . . . hehe.